Wednesday, September 8, 2010

Lab lagi?

Hari ni di pagi hari yang sejuk lagi tenang, akak ni dah sampai kat lab dah..lab L126 kat UKM tu..mane lagi lab i..

Mama siap kate pagi tadi ..

"Eee ko ni, esok first day raye pon elok lah jugak kalau ko gi lab tu duk situ wat keje"



Kul 9 lagi dah sampai..harini ramai staff and lecturers dah start cuti, so tak banyak kereta..and pintu pagar kat luar tu pon pak guard tak bukak,bekunci mase i dtg..dah cuti la tu pak guard ni..

Ala, tapi ..datang pepagi ni pon bukannye duk wat labwork pon..as usual, bukak laptop..

pasang broadband, bukak facebook, bukak blog tgk sape view blog akak ni..komen2 dulu facebook orang..chatting chatting dulu pulak..temenung dulu bench ni..lambat btol nak start nye..

Semalam baru je siap wat column Sephadex

and dah siap TLC pon
cume tak combine lagi je fractions yg ade..

Tibe2 tgh wat keje Dr.Jalifah masuk, tegezut i..ingat nak tgk progress keje i..rupenye duk carik student yg lain..lege hati den~~

Hari ni, nak siapkan sikit lagi and nak kemas bench sebab starting from tomorrow students are not allowed to enter the laboratory until 20th of september..it's an order from Ketua program Kimia kot..i guess so..ini adalah untuk keselamatan pelajar sendiri..takot2 duk sorang2 wat keje, tibe2 ade yg termeletop..

Balik karang, nak vacum and kemas kamar tidur ku yang comel lagi cute itu..nak tukar bedsheet yang matching dgn curtain i yang kaler pink terang benderang tu..and kemas2 bende lain yg sewaktu dengannye..

Bibik pulak dah nak cuti starting from today..alaaa..lecey la siket..begaduh dan berperang la Budak kecik Riyadh Firdaus dgn nenek nye itu..hahaha...tak larat aku nak jage~~

Ok..sekarang sila mulakan kerja anda!



Tuesday, September 7, 2010

Raye and raye

Wondering and wondering ape akan jadi raya kali ni..

For the last 2 years punye raya was celebrated dgn 'die' kat kampung. And last year, raya was celebrated without u daddy..Still ingat kalau malam raya, mesti die excited nak buat rendang..setiap kali raye mesti die masak rendang punye..and aku lah yg biase die akan suruh kacau rendang die so that tak hangus..mase tu MALAS giler nak buat..sebab banyak giler and kene kacau selalu...tapi buat ajelah kan and mesti nanti die suruh kite rase sedap ke tak sedap..hihi..and mase die still larat dulu, mesti kitorang wat lemang..daddy's lemang is the best..sume orang suke lemang yg die buat..and sometimes, buat lemang together with all da cousins...rindu sgt waktu tu.....and usually mesti meriah ayah n mama masak kat dapo masing2..walaupun anak bukannye ramai kat umah..2 ekor je pon..haha..tapi nak jamu orang datang punye pasal kan...ayah masak rendang die dalam kawah kat dapo luar and mama will masak her signature dishes..yang paling popular is her sambal tumis yang pekat and penuh dengan rase nikmat tu..takde orang boleh challenge la..akak sendiri pon belum confirm reti buat sambal sebegitu rupe..

Raya kali ni pulak, akan disambut tanpa si 'die' and and without u ayah,once again..
Teringat..pergi surau same2 nak teraweh,jalan same2, bergurau tengah jalan on the way gi surau..Klaka..satu family gi surau same2..best sgt~
Tapi, apekan daya, yang pergi tetap pergi..dan yg tiada tetap tiada..Jangan disesali dengan ape yang telah berlaku..
Dan kite harus bersyukur dengan ape yang ada dan siapa yang masih ada bersame kite..

Still ada rumah yang selesa walaupun bukan rumah besar tapi ade aircond jgk,
Ada kereta,
Ada duit,
Ada mama,
Ada sisters and brothers,
Ada anak2 buah,
Ada uncles, aunties and cousins yang cool dan best,
Ada 'si dia yang baru' (konon la)(dapat kad ke tak)
Ada baju raye walaupun da banyak baju,
Cukup makanan dan minum,
Makan sedap,
Boleh jalan2,
Boleh raye rumah sedare mare yang best best,

Sume ade, sume boleh..Alhamdulillah..

Cume..yang tak bestnye..mesti si mama ni taknak gi jenjalan raye..benci betollah..
Orang nak pakai baju raye nak gi jenjalan raye umah sedare2..
Kali ni kene pakse jugak die kuar umah..i dont care!watch out!
Kalau taknak jalan, tinggal umah sorang2!

Puase kali ni pulak, satu habuk kuih pon i tak buat u ollzz..
Tahun lepas,masih tak lupa akan kepenatan yang tak terkire bile wat kuih raye...YA AMPUN!
Tulaa..nak sangat buat and nak sangat suh orang order..HAA..amek kau!! Wat Tart nenas yang leceh dlm 1000 pieces kot, dengan choc chip i yang sedap, ade class tapi buruk tu kan...amek kau! Teraweh pon jadi entah kemane..
Buat sorang2 pulak tu..giler betul..dan terbayang ..kalaulah aku bukak kilang kuih, mesti aku jadi huru hare...eeee...macam ni pon penat nak mampuih..dah la oven 'BESAU' benau..bape juta kali kene bakar kuih tu...heeee....dasat dasat
Mane tak nye~~~

Aku la yang gi beli barang2,
Aku lah yang bancuh,
Aku lah yang ptg nenas,
Aku la yg masak nenas,
Aku la yg wat pastry nye,
Aku la yg uli,
Aku la yang letak jem,
Aku lah yg bakar and
Aku jugaklah yg makan..

Sampai import due pekerja tempatan lah..bukan pekerje asing ye
Mereka adalah Mek Madiha from Klatey and KakWinwin from Kedoh
Both of them are my good frens kat UKM tu
Diorang saje dtg tolong fisabilillah je la..banyak pahale diorang..siap bawak oven and tray lagi..hahah..lawak btol..tapi rase macam best ,keje jadi cepat siap..best and rindu waktu tu

Sekarang ni satu ape pon tak wat..sume orang duk sebok tanye..indah tak buat kuih keee raye nii...Eee tak kuase i...Kecuali kalau umah ni ade mixer yg besau and oven yg besau!

So..tulah cerite2 zaman dulu kale ketike nak beraye

And nantikan cerite akak yg akan keluar pada satu hari raya nanti


10 Petanda Dia Jodoh Kita



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

By: Hj.Abdul Samad

Monday, September 6, 2010

Think about it y'all

Boleh tak u paham orang, walaupn orang tu tak nak lgsung paham u?
Bole tak u memahami orang lain, kmudian u sayang die walaupun die langsung tak nak paham u, lgsung tak nak sayang u?
Sayang org walaupn org tak sayang u?
Jaga orang walaupn orang tu xbleh jaga u?
Kita bole latih
Hidup sangt singkat
Tapi hdup kita akan sangat gembira
Kalau i menang, i juga nak u menang
Kalau i nak bahagia, i nak u juga bahagia
Kalau i nak jadi baik, i nak u juga jadi baik

Sunday, September 5, 2010

Por que?? Que te pasa??

Nape la macam ade orang yg tak berape nak puas hati lagi eh? Ape entah yg tak kena lagi or tak cukup lagi ape yg dah jadi and ape yg dah dapat? Rase2 nye macam dah dapat ape yg dihajatkan but still tak puas hati lagi..Aku rase aku yg patot tak puas hati nye..tp aku rase aku dah ok kot dgn ape yg dah ditakdirkan dlm hidup aku ni..and Im happy now dgn ape yg ada..Bende yg dah berlalu dan yg dah lepas tak perlu utk dikenang kembali dan utk dirintih..sebab ape yg berlaku pasti ade hikmahnye yg kite tak nampak..But it seems like ape yg aku buat yang tak ade kene mengenenye dgn mereka macam semua nya serba salah..semua 'kata-kata hikmah' aku yg pernah ditulis, semua nya nak dikritik..porfavorrr~~~~Pening makcik dibuatnye dgn orang2 zaman sekarang ni..ape entah yg die nak dari aku..Malam semalam dah la kantoi..haha...kesian uncle Hussin kene tipu dgn pak imam yg supposed jd imam mlm tu..katenye on the way balik dari kampung,so tak dapatlah nak jadi malam ni..but then..he called me back and i knew it mesti tgh dating ni..tak mungkinlah kat kampung..but saje je buat2 tanye ,jadi tak imam mlm ni?oooo tak jadi rupenye..aku pon lagi la saje2 buat tak tau,macam lah i tak kenal u kann.."kat mane ni?"..ooh kat KL katenye..akak tanye lagi.."blh caye ke kt KL?"..then katenye "kt JB lah" ..oooh dlm hati aku bermonolog "hahah..i knew it..kantoi lah kau dgn aku"..tp i tak kate lah cam tu kan..kesian die nanti malu..biarkan aje..tak kesah pun die nak pergi mane pun tapi janganlah sampai tipu orang lain..kesiaann...tak baik di bulan posa ni pak ustat..i know both of you will read this piece of mind..and definitely akan memberikan komen dan kritikan yg membine utk diri yang serba lemah ini..terime kaseh diatas segala kata-kata yang secara tidaklangsung dituju khas utk akak ni kann...yelah,,sebab kite memang mengaku diri kite ni tak sempurna dan tak sehebat mane pun kire nak dibandingkan dgn u olls sume..dan semua dugaan dan ujian yang diberikan ini menjadikan aku lebih kuat dan tabah utk menghadapi hari2 berikutnya dgn penuh sabar dan tenang serta bersyukur dgn nikmat yg diberikan oleh-Nya..dan tak lupa juga musibah dan ujian itu adalah sebagai kafarah kepada dosa-dosa yang telah sekian lame tersimpan dan sebagai satu cara dosa-dosa itu dibersihkan..Aku sgt bersyukur dan redha dgn ape yang telah berlaku ni..walaupun untuk sampai ke tahap redha tu bukan nye mudah seperti yang kite semua akan sangka..ia ambil masa yang lama utk betul2 merasai nya dgn hati yang ikhlas dengan doa-doa yg dtg dari hati , doa-doa daripada mama dan orang sekeliling yang tak pernah putus dipohon serta air mata yang mengalir keluar mengharap agar dimudahkan segalanya..and now Alhamdulillah dan tak kisahlah dengan ape yg orang lain nak kata pasal kita..~~ ;-)

Sunday, August 29, 2010

Quote by Siti Fathrita

"Some guys focus more on how to get a girl, but once they have her, they lose focus on how to keep her"

Mungkinkah Terjadi



Pintu hati telah lama terbuka
Tiba-tiba didatangi oleh kehadirannya yang tak pernah ku pinta
Belum puas soalan ditanya
Hati mula berbunga entah mengapa
Bila ku tanya tak tau kenapa
Perasaan diluah tanpa harapan
Hanya melepas gelisah difikiran
Jauh disudut hati mengharap sedikit ruang
Yang belum pasti diri ini akan penuhi
Resah , gundah menyelubungi jiwa
Kerna menyedari hakikat diri sebenar
Terasa bagai di alam mimpi
Pabila yang serba tiada ini diterima
Walaupun tak pasti dan tertanya-tanya
Apakah perasaan yang hadir daripadanya itu adalah yang sebenar-benarnya
Namun,.kata-kata indah yang pernah diucap kan ku kenang
Dengan terselit jua harapan agar ia akan berakhir dengan sebuah pengakhiran yang suci, kekal abadi hiungga ke syurga
Kira diizin oleh-Nya

Sumber