Friday, January 21, 2011

Kehidupan bermadu yang sakinah

Poligami atau lebih dikenali dengan kate lain sebagai 'nak kawen lagi satu' kebiasaannya akan menyebabkan pertelingkahan sebab tak lain dan tidak bukan adalah kerana perasaan cemburu si isteri, dan juga kasih sayang dan perhatian yang terpakse kene share.

Jadi, bagi mereka yang bakal mempunyai suami yang berniat untuk kawen lagi satu, ini adalah TIPS untuk mewujudkan keluarga yang sakinah.

1. Semua isteri yang memiliki sikap yang berbeza akan menjadi kekuatan yang saling mendukung. Perbezaan tersebut akan menjadi RAHMAT dan bukan saling bertengkar.

2. Perlu hindar sikap menonjolkan diri atau anggap dirinya adalah yg paling penting dan berpengaruh serta paling disayangi suami

3. Ikhlas - menjadi dasar utama, terutama bagi isteri pertama yang lebih berpengalaman dengan menganggap suami adlaah PINJAMAN daripada Allah SWT.

4. Isteri pertama harus menunjukkan contoh dan teladan yang baik kerana ini akan menentukan keharmonian dan di tangan isteri pertama lah terletaknya keluarga yang sakinah.

5. Kesabaran dalam mendidik anak-anak dengan tidak membezakan diantara anak sendiri dengan anak madunya.

6. Sekiranya memiliki wang simpanan yang lebih, sebaiknya digunakan untuk ibadah (sedekah, infak) dan mengisi dada dengan ilmu bermanfaat secara bersama-sama diantara para isteri.

7. Selalu ikut perkembangan anak dan bekalkan mereka dengan ilmu agama dan dunia.

Untuk membangunkan keluarga sakinah memerlukan

TELADAN
CINTA ILMU
SISTEM YANG ISLAMIK

Suami perlu MEMBINA JIWA para isteri dan mengajar mereka tentang perlunya:

Keakraban sesama mereka,
Mengagihkan perhatian,
Pembahagian waktu yang adil

sehingga tidak seorang pun diantara mereka yang merasa diperlakukan secara idak adil.

Untuk si isteri yang suaminye akan kawen lain, memang tidak akan menjadi semudah yang dikata. Dan untuk si suami yang berkawn lain , memang syok gitu~

2 comments:

  1. x mampunye nak hadap benda ni
    tapi kalau laki mmg nak jugak
    tak mampu jgk nak halang
    sedihnye jadi perempuan

    ReplyDelete